Mesti teruja kan, setiap kali melihat bayi berusaha bersungguh-sungguh.
Menolak badan dan kakinya untuk merangkak.
Maha Suci Allah, semua ini berlaku dengan izinNya.
Allah yang memberi ilham kepada bayi ini untuk mula merangkak.
Mustahil sekali untuk orang dewasa mengajar bayi kecil 3 atau 4 bulan.
Hatta guru cemerlang sekalipun.... Pensyarah terbaik sekalipun....
Jelas sekali, manusia amat memerlukan pertolongan Allah.
Konsep tawakkal sepenuhnya di sini.
APA YANG ANDA PERLU TAHU?
2. Merangkak merupakan manfaat penting terhadap perkembangan fizikal dan kognitif bayi.
3. Merangkak menguatkan anggota badan seperti leher, sendi tangan, otot besar serta merangsang koordinasi mata dan tangan agar lebih seimbang.
4. Merangsang kepekaan terhadap sentuhan dan visual (benda dekat dan jauh).
BERIKUT MERUPAKAN PERKARA YANG BOLEH DAN
TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN APABILA BAYI MULA MERANGKAK
BOLEH LAKUKAN:
- agar dia belajar untuk mengangkat kepala dan badan.
2. Sediakan ruang yang luas, selamat dan bersih.
- bayi lebih mudah untuk meneroka dunianya.
3. Letak mainan di hadapan bayi
- agar dia tertarik untuk mencapainya.
4. Rangsang bayi dengan bola yang lembut dan ringan
- agar bayi bergerak ke arah bola.
5. Tunjukkan cara merangkak yang betul kepada bayi anda
- bayi belajar melalui tauladan.
6. Berikan pujian dan ciuman.
- kesan emosi bayi amat penting untuk menggalakkannya mencuba lagi.
7. Bersihkan tangan bayi selepas dia merangkak
- untuk mengelakkan alahan dan iritasi.
TIDAK BOLEH DILAKUKAN:
- kerana ini akan membantutkan proses perkembangannya.
2. Lantai berhabuk, benda kecil, tajam dan berbahaya bersepah di lantai
- kerana bayi suka memasukkan ke dalam mulut mereka.
3. Biarkan wayar televisyen, komputer @ peralatan elektronik lain bersepah
- kejutan elektrik mungkin akan terjadi daripada peralatan ini.
4. Merangkak dengan bear crawl/ kedua-dua kaki diluruskan
- seakan-akan meniarap, tapi kaki tidak dibengkokkan untuk merangkak
5. Duduk posisi ‘W’ / duduk katak
- otot bayi akan terbantut dengan cara duduk ini.
6. Posisi kaki bayi terlentang ketika mendukungnya di sisi tubuh.
- ini tidak akan meransang ototnya.
Setakat ini saja buat kali ini.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua untuk melahirkan ummah yang produktif.