11 Mac 2016

Ummu Hukaim bt Al-Harith

Tentang Ummu Hukaim


Secara ringkas kisah Ummu Hukaim sebelum keislamannya, beliau sekeluarga tidak pernah ketinggalan dalam perang untuk menentang Nabi s.a.w. Ayahnya bernama Al-Harith, saudara kepada Abu Jahal dan ibunya Fatimah binti Al-Walid, saudara kepada Khalid Al-Walid yang juga belum Islam ketika itu.

Ummu Hukaim sempat bernikah dengan Ikrimah bin Abu Jahal sebelum keislaman mereka sekeluarga.

Takdir Allah, mereka sekeluarga akhirnya kembali kepada Islam selepas Perang Uhud.

Pelajaran kehidupan Ummu Hukaim

1. Ummu Hukaim lahir dari keluarga pejuang. Beliau tidak pernah ketinggalan mengikuti perang menentang Nabi s.a.w ketika belum Islam.  


Pelajaran: 

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,  maksudnya: Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham. 

Ummu Hukaim, saya kira termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadis ini. Kehidupan keluarga pejuang yang pemberani menjadikan mereka lebih hebat lagi dengan Islam.

2. Ummu Hukaim menolak ajakan suaminya, Ikrimah untuk bersama kerana beliau telah berIslam sedang suaminya masih belum.


Pelajaran:

Berhadapan dengan orang yang dikasihi, boleh-boleh sahaja kita kurang waras dalam membuat keputusan. Ummu Hukaim mempunyai prinsip yang benar dan beliau sedar tentang prinsipnya.

Dalam zaman penuh dengan ujian ini, betapa pentingnya seorang wanita (lebih-lebih lagi) mempunyai prinsip yang benar. Prinsip Ummu Hukaim adalah prinsip akidah, prinsip Islam. Inilah prinsip yang benar dan Ummu Hukaim sedar tentang itu. Bukan hanya ikut-ikutan.


Kisah Ummu Hukaim banyak merefleks diri sebagai wanita. Berani dan berprinsip dengan prinsip yang benar. Tidak takut kerana punya keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t. Nak tiru, tirulah seperti Ummu Hukaim!

Rujukan: Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah s.a.w (Ustaz Johari)

23 Februari 2016

Tadabbur Al-Quran

Bismillah walhamdulillah...

Sudah boleh membaca Al-Quran, lebih jika sentiasa ulang-ulang membacanya. BOLEH membaca belum tentu SELALU membaca kan?

Sudah konsisten membaca Al-Quran, maju lagi satu langkah ke depan dengan tadabbur isi Al-Quran. Tadabbur?

Tadabbur Al-Quran (Google)

Apakah TADABBUR?

Tadabbur Al-Quran adalah menggunakan ketajaman mata hati untuk menangkap pesan-pesan Al-Quran yang terdalam. 

Bagaimana TADABBUR?


Merenung ayat-ayat Al-Quran dengan mendalam dan berulang-ulang.

Untuk apa TADABBUR?


19 Februari 2016

Bila Emak Berdrama

Bila Emak Berdrama (PRE-ORDER)


Bila Emak Berdrama Pre-Order

"PARENTING IS ABOUT SHARING YOUR EXPERIENCE SO THAT MORE PARENTS MAKING LESS MISTAKES."



Itulah yang selalu saya katakan kepada ibu bapa yang meminta nasihat atau pandangan terhadap situasi mereka berkaitan hal keibubapaan. 

Berkisar tentang pengalaman sendiri, saya mengalami pelbagai tempoh kesukaran dan ujian. Bermula seawal mengandungkan anak pertama, kemudian diuji pula dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan. Ketika anak sudah membesar, otak ligat pula mencari idea untuk melakukan aktiviti bersama mereka dan terhasillah 'DIY' (Do-It-Yourself) yang ringkas tanpa perlukan kos yang tinggi. 

Adakalanya, saya akui saya memang ada melakukan kesalahan. Namun saya rangkumkan kesemuanya menjadi cerita, info dan tips sebagai pedoman, agar ibu bapa lain tidak turut melakukan kesalahan yang sama.




Perkongsian catatan pengalaman, info dan tips untuk pedoman ibu bapa.

32 muka surat aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Mudah, murah dan menyeronokkan! Dan ia berwarna!

"Karya yang kreatif, disulami unsur humor. Sesuai untuk tatapan ibu bapa tidak kira peringkat usia!" - Pn Jamilah Samian, penulis buku Cool Mum Super Dad

"Buku ini membawa kelainan! Ia mengandungi tips-tips yang praktikal dan sesuai dengan gaya hidup ibu bapa di Malaysia" - Pn Lily maznah, Perunding Pembelajaran ALIMKids Playgroup Official

Pre-order sekarang hingga 1 Mac 2016 dan anda akan menerima BONUS berikut:
🍼Poster Infografik Aktiviti Seharian Seorang Emak
🎗Voucher diskaun 10% untuk bengkel anjuran Salwasaleh.com
🛍Kit "Projek tanpa JANGAN" 
📒Mini ebook berwarna Panduan Aktiviti Bila Emak Berdrama 

Harganya?
RM23 sahaja & 4 BONUS sekiranya anda Pre Order Sebelum 29 Feb!

SMS/WhatsApp 010-9003027 untuk tempahan.

Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq

Tentang Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq

Begitu banyak perihal diri Asma' diceritakan. Namun, cukuplah di ruangan ini, disebutkan gelaran Asma' sebagai Dzatun Nithaqain, wanita yang mempunyai dua tali pinggang. Dan inilah yang menjadi saksi pengorbanan dan keberanian Asma' dalam peristiwa Hijrah Nabi s.a.w bersama Abu Bakar as-Siddiq.

Asma' Binti Abu Bakar As-Siddiq

15 Februari 2016

Seminar Fonik - Kaedah Gabung Bunyi

Bismillah walhamdulillah...

Seminar Fonik - Kaedah Gabung Bunyi

Seminar Fonik - Kaedah Gabung Bunyi

Alhamdulillah, tercapai juga salah satu wishlist sebelum due date tiba. Memang dah lama nak sertai seminar ini, masa dan tempat selalu tak mengizinkan. Syukur ada peluang.

Ibubapa yang ada kemahuan untuk mengajar anak membaca di rumah adalah sangat digalakkan sertai seminar ini. 

Seminar Fonik yang disampaikan sendiri oleh pengasas ReadEasy Network, Puan Nik Eliani dan suaminya Encik Othman yang menggunakan Bacalah Anakku & Read Easy.

14 Februari 2016

Siri Belajar Dari Tokoh

Bismillah walhamdulillah...

Siri Belajar Dari Tokoh Coming Soon

Keluarga dan Tarbiyatul Aulad.

Kita mungkin biasa membaca kisah para tokoh di merata-rata medium. Namun, jarang kita mengambil pelajaran daripada kisah mereka yang dekat dengan situasi kita. Inilah renungan yang kita perlukan agar pelajaran kisah mereka tidak sia-sia.

Oleh dari itu, sebuah slot Siri Belajar Dari Tokoh diperkenalkan untuk memperluaskan usaha ini. Slot yang berkonsepkan perkongsian dari sudut pandang kekeluargaan dan tarbiyatul aulad ini diharap bermanfaat untuk para pembaca khasnya golongan pendidik dan ibubapa.

Jika ada kekurangan/ khilaf, mohon ditegur untuk perbaikan dengan hikmah dan bijaksana. Moga ada kebaikannya untuk semua.

Moga bermanfaat.

13 Februari 2016

Testimoni Set Bacalah Anakku

Testimoni Set Bacalah Anakku 

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Jom, kita lihat sendiri, anak-anak yang boleh membaca dengan Set Bacalah Anakku.

11 Februari 2016

Membaca Seawal 3 Tahun Dengan Set Bacalah Anakku

Membaca Seawal 3 Tahun Dengan Set Bacalah Anakku

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku telah disusun berdasarkan kaedah fonetik secara SISTEMATIK dan ditambah dengan beberapa ciri penting yang mengambil kira cara kanak-kanak belajar.


01 Februari 2016

Pakej Seronok Mengaji Al-Furqan

Happy Parents, nak ajar anak baca Al-Quran? Kini anda sendiri boleh ajar di rumah.

Adik Naufal berumur 2 tahun dah kenal alif ba ta!



Tahniah kepada ibunya, Puan Noradila bt Ahmad. Iman Naufal Hakeem b. Herman yang berusia 2 tahun 2 bulan boleh mengenal bunyi huruf-huruf hijaiyah dengan mudah dengan menggunakan kad imbas Al-Furqan.

PAKEJ SERONOK MENGAJI ALFURQAN ini mengandungi 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak mengaji, 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru, kad imbas yang mengadungi 48keping kad yang sesuai dengan isi kandungan buku, VCD lagu nasyid untuk anak anak seronok belajar, Buku Mewarna untuk anak anak lebih cepat belajar mengenal huruf alif ba ta...memang best sebab ada buku, vcd untuk mak ayah, vcd untuk anak, buku mewarna, kad imbas sebagai alat bantu megajar dan juga 3 poster yang comel untuk anda tampal didinding rumah !!!

PAKEJ SERONOK MENGAJI ALFURQAN ini mengandungi :

1.Set Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
-set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak.
-pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1







2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
-Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi
-manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak
-Buku ini turut mengandungi latihan menulis huruf alif ba ta sampai ya yang membantu anak anak lebih cepat mengecam huruf huruf dalam Al-Quran



3.Kad Imbas Al-Furqan
-kad yg membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan.Huruf yg besar pada akd imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan



PERCUMA 3 POSTER ALIF BA TA yang anda boleh tampal di dinding rumah sebagai bahan bantu mengajar untuk anak anak.

Harga : RM 66.00/set

Nak diskaun 50%? Dengan pembelian 5 set Pakej Seronok Mengaji Al-Furqan, anda layak menebus diskaun 50% untuk set yang ke-6. Jangan tunggu lagi!

SMS/WhatsApp 010-9003027

20 Januari 2016

S.I.B.U.K? Formula cari masa bersama anak.

Bismillah walhamdulillah...

Kesibukan yang takkan habis.

Setiap orang punya 24jam sehari. Tidak lebih dan tidak kurang. Ok, ini dah biasa dengar.

Apa yang penting adalah bukan berapa banyak masa yang kita ada, tetapi bagaimana kita mengurus masa yang ada.

Keadaan dunia hari ini, kebanyakan ibubapa keluar bekerja 8 pagi - 5 petang. Tenaga banyak dihabiskan di tempat kerja. Pulang ke rumah, yang tinggal hanyalah sisa-sisa tenaga yang berbaki. Dan itulah yang bakal dilaburkan untuk bermesra dengan anak-anak, perbincangan keluarga, luahan suami isteri, serta menguruskan hal-hal rumahtangga.

Utamakan yang UTAMA.