22 Ogos 2014

Ajak & Ajar Anak Mengemas

Bismillah walhamdulillah...

Bila anak dah pandai bermain, berlari rumah mesti selalu bersepah kan? Memang mencabar tempoh anak tengah aktif membesar ni. Sehari tu kadang-kadang tak sampai beberapa minit je ruang tu kemas. Selebihnya, bersepah dengan mainan anak-anak.

Mengajar anak mengemas semula barang-barang miliknya memang mencabar. Tak larat nak membebel suruh anak mengemas, akhirnya kita yang letih mengemas sendiri barang milik anak-anak.

Jangan tertekan. Rangsang anak kecil mengemas agar tidak membebankan anda selain sebagai latihan awal disiplin.

Banyaknya mainan!! Pening nak kemas kalau macam ni.
(Google)

Antara tips yang anda boleh guna untuk merangsang anak-anak kecil mengemas:

1. Perkataan yang tepat
    Sebut perkataan 'masukkan' berbanding 'kemas'. 

2. Cabaran masa.
    Kanak-kanak memang sukakan pada cabaran masa dan boleh buat dia bergembira. Contohnya, "Tinggal     10 saat lagi untuk masukkan mainan dan kita mandi'. Buat kiraan dan anak-anak akan berebut-rebut
    hendak memenangi cabaran yang anda tetapkan.

3. Terangkan sebab.
    Mendidik perlukan kesabaran. Jadi, dengan sabar, terangkan sebab-sebab anak anda perlu kemas dan susun barangannya. Contoh: Kita letakkan buku ini di rak supaya ia tak rosak. Jadi, kita boleh baca lagi lain kali.

4. Beri masa.
   Minda anak-anak penuh dengan keseronokan. Biasanya dia akan mengemas selama 5 minit, kemudian berhenti. Biarkan, tapi galakkan dia mengemas semula.

5. Kekal konsisten.
    Konsisten dalam mengajak dan mengajar anak mengemas. Kadang-kadang anak mungkin akan keliru bila perlu buat sendiri dan ada masanya anda boleh lakukan bagi pihak dirinya. Ingat, niat utama anda untuk         melatih anak berdikari.

Sumber: Pa&Ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan