21 Disember 2015

Seminar Didik Anak Gaya Nabi

Bismillah walhamdulillah...

Semalam saya telah berpeluang menyertai Seminar Didik Anak Gaya Nabi di Pusat Dakwah Islam, Paroi, Seremban. Agak teruja menanti pengisiannya.

Slot pertama seminar dimulakan dengan 'refreshment' matlamat perkahwinan dan anak sebagai amanah Allah oleh Ustazah Isfadiah. Anak dinisbahkan kepada kita tetapi bukan milik kita. Mereka milik Allah. Kita hanya menguruskannya, menyediakan anak-anak ini untuk dunia, untuk ummah.

Kata ustazah lagi, matlamat perkahwinan kita mestilah sama dengan matlamat Allah. Inilah akidah. Orang yang tahu hukum tidak sama dengan orang yang tahu sensitiviti. Ramai orang yang tahu hukum tapi tiada sensitiviti. Itulah antara punca sebab untuk melaksanakan perintah Allah tidak kuat.

Kisah anak Abu Bakar As-Siddiq, Atikah yang menikah dengan Abdullah. >> Matlamat perkahwinan.

Terdapat dua problematika anak-anak yang perlu pantauan ibubapa.

1. Anak-anak tiada matlamat.

Tugas kita sebagai ibubapa adalah kembalikan anak-anak kepada matlamat yang sepatutnya. Itulah dia matlamat yang Allah mahu.

2. Tahu   [VS]   Faham (buat)

Ramai anak yang tahu solat. Tahu hukum solat. Tapi tidak solat. Kenapa? Sebab tak faham.

Dalam pendidikan terdapat penerapan V.A.K.
V : visual >> tengok anak tunaikan solat
A: audio >> nasihat, beritahu, cerita tentang solat kepada anak
K: kinestetik (sentuhan) >> solat sama-sama dengan anak

Kenapa? Sebab tidak cukup mendidik dengan memberi arahan semata-mata tapi sebagai ibubapa, kitalah yang akan membimbing anak dengan langkah-langkahnya. Satu persatu.

Dalam isu solat sebagai contoh, mulakan belajar solat umur 7 tahun. Wajibkan solat ketika umur 10 tahun. Ibubapa dan anak ada masa 3 tahun untuk budayakan solat. Belum lagi dikira berapa kali solat dapat dilakukan dalam tempoh 3 tahun itu. Secara logik, perkara yang dibuat berulang-ulang selama 3 tahun ini, pasti dapat meninggalkan kesan dalam rutin harian kita kan?

15 Disember 2015

MagicSand dengan 16 Aksesori dan Tray

Bismillah walhamdulillah...


Wooww, Syoknya anak anak saya 4 orang bermain pasir...Magic Sand 1.5kg siap dengan 16 aksesori pelbagai bentuk dan juga tray untuk bermain pasir pada harga pasaran hanya RM65 sahaja satu set...ready stok banyak beserta pelbagai permainan best baru sampai di gudang.

Item: Magic Sand 1.5kg

Produk ini mengandungi:

1) 1.5kg Magic Sand
2) 16 aksesori pelbagai bentuk
3) 1 inflatable tray
4) 1 pam untuk pam inflatable tray

Produk ini sangat sesuai dimain beramai-ramai, 2-4 orang untuk 1 tray. Saiz tray yang sangat besar sehingga 4 orang main pun seronok.

Harga: RM 65.00

14 Disember 2015

Home Schooling : Satu Penemuan Pendidikan Berkesan.

Bismillah walhamdulillah.



Alhamdulillah. Lama saya berimpian nak miliki buku ini. Akhirnya sampai juga ke tangan. Elok-elok sedang, sekarang bulan Disember. Bolehlah buat perancangan aktiviti Dawud tahun depan.

Sejak mengandungkan Dawud dulu, saya tidak lagi bekerja memandangkan keadaan mabuk yang tidak mengizinkan komitmen dengan kerja serta tidak punya kerja tetap pada waktu itu. Namun, hanya duduk berehat sepanjang hari selepas beberapa minggu dan seterusnya benar-benar membuat saya bosan duduk seorang di rumah. Sunyi pulak tu masa suami keluar bekerja. Pindah pula ke tempat baru.

Dipendekkan cerita, seorang sahabat mencadangkan saya membuat bacaan tentang 'homeschooling'. Manalah tahu kalau-kalau nak buat betul-betul bila dah ada anak nanti. Jadi saya pun membuat bacaan bahan-bahan dari internet sahaja waktu itu.

Memang berbeza bila kita baca sumber-sumber penulisan yang berbeza. Buku Home Schooling; Satu Penemuan Pendidikan Berkesan ini pada saya cukup kompak untuk menerangkan dari awal tentang homeschool sehinggalah kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan serta lampiran aktiviti untuk dijadikan rujukan.

Setiap anak Allah telah ciptakan dengan kelebihan yang berbeza. Kita hanya berusaha mencungkil potensinya. Ini bukan sahaja praktikal untuk anak-anak kecil, bahkan untuk semua manusia.

Berminat untuk dapatkannya?
SMS/WhatsApp ke 010-9003027

18 Ogos 2015

Flashcard The Chicken Story

The Chicken Story Flashcards


Apakah Flash cards ‘The Chicken Story’?

Flash cards ‘The Chicken Story’ adalah sebuah permainan pendidikan yang membantu menguatkan daya ingatan, mengembangkan daya imaginasi dan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun.

40 kad yang mengandungi 10 cerita. Tidak ada VCD atau CD dibekalkan tetapi anda boleh download 9 Video dari Youtube.



Flash cards ini terdiri daripada 10 cerita dan 40 kad bergambar yang terang dan menarik. 

Latar cerita adalah tentang biologi ayam dan kaitannya dengan kehidupan manusia dan alam sekitar. Ia disusun sedemikian rupa supaya kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk berimaginasi dan menajamkan kebolehan mereka untuk berkarya.

9 aktiviti mengikut tahap

Aktiviti-aktiviti ini terbahagi kepada 3 tahap bermula dengan tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ia dibuat sebegini supaya bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak. Peringkat Asas adalah sesuai dengan kanak-kanak tadika, Peringkat Pertengahan pula sesuai dengan kanak-kanak sekolah rendah manakala Peringkat Lanjutan pula sesuai apabila kanak-kanak ini sudah melalui peringkat Asas dan Pertengahan. Tahap-tahap ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru untuk melihat perkembangan kanak-kanak.

Skrip cerita dwi bahasa  -  Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Flash cards ini disertakan dengan skrip cerita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Malah ia dilengkapi dengan istilah-istilah tertentu. Jadi, kanak-kanak membina perkataan-perkataan baru dalam minda mereka. Ini dapat membantu mempercepatkan lagi perkembangan otak mereka sekali gus  menguasai kedua-dua bahasa dengan lebih pantas.

Harga : RM 25.00

17 Ogos 2015

KOMBO RAYA MERDEKA

Bismillah walhamdulillah...

Happy Parents, tawaran menarik untuk buku-buku parenting sempena raya merdeka ni. Walaupun Syawal dah menutup tirai, merdeka semakin hampir. Maknanya, tawaran ni tinggal sikit masa je lagi untuk tamat. Itupun selagi stok masih ada.

Apa lagi, dapatkan segera. ILMU memang pelaburan yang menguntungkan.

SMS/WhatsApp ke 010-900 3027 sekarang.











15 Mei 2015

PROMOSI MEI 2015

Happy Parents, jom tambah ilmu. Banyak promosi ilmu untuk bulan Mei 2015.

Jangan ketinggalan! Sah sehingga 31 Mei 2015.








08 Mei 2015

Set Telekung Bijak Solat


Item: Set Telekung Bijak Solat

Harga: RM 69.00

Material: Lycra
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun.
Hadiah PERCUMA buku 101 Seronoknya Solat.

24 Januari 2015

KETAHUI APA YANG BERLAKU APABILA BAYI MERANGKAK

Happy Parents, seronok tak bila bayi mula merangkak?
Mesti teruja kan, setiap kali melihat bayi berusaha bersungguh-sungguh.
Menolak badan dan kakinya untuk merangkak.

Maha Suci Allah, semua ini berlaku dengan izinNya.
Allah yang memberi ilham kepada bayi ini untuk mula merangkak.
Mustahil sekali untuk orang dewasa mengajar bayi kecil 3 atau 4 bulan.
Hatta guru cemerlang sekalipun.... Pensyarah terbaik sekalipun....

Jelas sekali, manusia amat memerlukan pertolongan Allah.
Konsep tawakkal sepenuhnya di sini.

APA YANG ANDA PERLU TAHU?


1. Otot tangan, lutut, kaki dan belakangnya cukup kuat untuk menampung badannya jatuh ke lantai.
2. Merangkak merupakan manfaat penting terhadap perkembangan fizikal dan kognitif bayi.
3. Merangkak menguatkan anggota badan seperti leher, sendi tangan, otot besar serta merangsang koordinasi mata dan tangan agar lebih seimbang.
4. Merangsang kepekaan terhadap sentuhan dan visual (benda dekat dan jauh).


BERIKUT MERUPAKAN PERKARA YANG BOLEH DAN
TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN APABILA BAYI MULA MERANGKAK

BOLEH LAKUKAN:


1. Galakkan bayi dengan posisi telangkup/meniarap
- agar dia belajar untuk mengangkat kepala dan badan.

2. Sediakan ruang yang luas, selamat dan bersih.
- bayi lebih mudah untuk meneroka dunianya.

3. Letak mainan di hadapan bayi
- agar dia tertarik untuk mencapainya.

4. Rangsang bayi dengan bola yang lembut dan ringan
- agar bayi bergerak ke arah bola.

5. Tunjukkan cara merangkak yang betul kepada bayi anda
- bayi belajar melalui tauladan.

6. Berikan pujian dan ciuman.
- kesan emosi bayi amat penting untuk menggalakkannya mencuba lagi.

7. Bersihkan tangan bayi selepas dia merangkak
- untuk mengelakkan alahan dan iritasi.


TIDAK BOLEH DILAKUKAN:


1. Penggunaan ‘baby walker’ dan selalu mendukung bayi
- kerana ini akan membantutkan proses perkembangannya.

2. Lantai berhabuk, benda kecil, tajam dan berbahaya bersepah di lantai
- kerana bayi suka memasukkan ke dalam mulut mereka.

3. Biarkan wayar televisyen, komputer @ peralatan elektronik lain bersepah
- kejutan elektrik mungkin akan terjadi daripada peralatan ini.

4. Merangkak dengan bear crawl/ kedua-dua kaki diluruskan
- seakan-akan meniarap, tapi kaki tidak dibengkokkan untuk merangkak

5. Duduk posisi ‘W’ / duduk katak
- otot bayi akan terbantut dengan cara duduk ini.

6. Posisi kaki bayi terlentang ketika mendukungnya di sisi tubuh.
- ini tidak akan meransang ototnya.

Setakat ini saja buat kali ini.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua untuk melahirkan ummah yang produktif.