Alhamdulillah. Lama saya berimpian nak miliki buku ini. Akhirnya sampai juga ke tangan. Elok-elok sedang, sekarang bulan Disember. Bolehlah buat perancangan aktiviti Dawud tahun depan.
Sejak mengandungkan Dawud dulu, saya tidak lagi bekerja memandangkan keadaan mabuk yang tidak mengizinkan komitmen dengan kerja serta tidak punya kerja tetap pada waktu itu. Namun, hanya duduk berehat sepanjang hari selepas beberapa minggu dan seterusnya benar-benar membuat saya bosan duduk seorang di rumah. Sunyi pulak tu masa suami keluar bekerja. Pindah pula ke tempat baru.
Dipendekkan cerita, seorang sahabat mencadangkan saya membuat bacaan tentang 'homeschooling'. Manalah tahu kalau-kalau nak buat betul-betul bila dah ada anak nanti. Jadi saya pun membuat bacaan bahan-bahan dari internet sahaja waktu itu.
Memang berbeza bila kita baca sumber-sumber penulisan yang berbeza. Buku Home Schooling; Satu Penemuan Pendidikan Berkesan ini pada saya cukup kompak untuk menerangkan dari awal tentang homeschool sehinggalah kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan serta lampiran aktiviti untuk dijadikan rujukan.
Setiap anak Allah telah ciptakan dengan kelebihan yang berbeza. Kita hanya berusaha mencungkil potensinya. Ini bukan sahaja praktikal untuk anak-anak kecil, bahkan untuk semua manusia.
Berminat untuk dapatkannya?
SMS/WhatsApp ke 010-9003027
Tiada ulasan:
Catat Ulasan