Semalam saya telah berpeluang menyertai Seminar Didik Anak Gaya Nabi di Pusat Dakwah Islam, Paroi, Seremban. Agak teruja menanti pengisiannya.
Kata ustazah lagi, matlamat perkahwinan kita mestilah sama dengan matlamat Allah. Inilah akidah. Orang yang tahu hukum tidak sama dengan orang yang tahu sensitiviti. Ramai orang yang tahu hukum tapi tiada sensitiviti. Itulah antara punca sebab untuk melaksanakan perintah Allah tidak kuat.
Kisah anak Abu Bakar As-Siddiq, Atikah yang menikah dengan Abdullah. >> Matlamat perkahwinan.
Terdapat dua problematika anak-anak yang perlu pantauan ibubapa.
1. Anak-anak tiada matlamat.
Tugas kita sebagai ibubapa adalah kembalikan anak-anak kepada matlamat yang sepatutnya. Itulah dia matlamat yang Allah mahu.
2. Tahu [VS] Faham (buat)
Ramai anak yang tahu solat. Tahu hukum solat. Tapi tidak solat. Kenapa? Sebab tak faham.
Dalam pendidikan terdapat penerapan V.A.K.
V : visual >> tengok anak tunaikan solat
A: audio >> nasihat, beritahu, cerita tentang solat kepada anak
K: kinestetik (sentuhan) >> solat sama-sama dengan anak
Kenapa? Sebab tidak cukup mendidik dengan memberi arahan semata-mata tapi sebagai ibubapa, kitalah yang akan membimbing anak dengan langkah-langkahnya. Satu persatu.
Dalam isu solat sebagai contoh, mulakan belajar solat umur 7 tahun. Wajibkan solat ketika umur 10 tahun. Ibubapa dan anak ada masa 3 tahun untuk budayakan solat. Belum lagi dikira berapa kali solat dapat dilakukan dalam tempoh 3 tahun itu. Secara logik, perkara yang dibuat berulang-ulang selama 3 tahun ini, pasti dapat meninggalkan kesan dalam rutin harian kita kan?