Kesibukan yang takkan habis.
Setiap orang punya 24jam sehari. Tidak lebih dan tidak kurang. Ok, ini dah biasa dengar.Apa yang penting adalah bukan berapa banyak masa yang kita ada, tetapi bagaimana kita mengurus masa yang ada.
Keadaan dunia hari ini, kebanyakan ibubapa keluar bekerja 8 pagi - 5 petang. Tenaga banyak dihabiskan di tempat kerja. Pulang ke rumah, yang tinggal hanyalah sisa-sisa tenaga yang berbaki. Dan itulah yang bakal dilaburkan untuk bermesra dengan anak-anak, perbincangan keluarga, luahan suami isteri, serta menguruskan hal-hal rumahtangga.
Utamakan yang UTAMA. |
Kuncikan masa.
Mulakan tabiat ini dengan 'mengunci' 10-15 minit setiap hari sebagai masa untuk anak-anak. Pada waktu ini, jauhkan gajet dari anda dan lakukan aktiviti bersama mereka. Kalau perlu sediakan alarm agar anda tidak terlepas pandang setiap hari. Tabiat yang baru mesti dilakukan setiap hari sehingga menjadi rutin. Lama-lama akan menjadi kebiasaan keluarga anda.
Apa nak lakukan selama tempoh 10-15 minit?
Ketika inilah anda berbual-bual dengan anak tentang hobi mereka, sekolah, kawan-kawan mereka, membuat aktiviti bersama, adakan sesi tazkirah dan membaca hadis, dan macam-macam lagi.
Melalui cara ini, insyaAllah dapat memperbaiki dan mempererat hubungan keluarga, seterusnya dapat mengawal dan membendung masalah-masalah lain.
Kenapa 10-15 minit?
Ya, jika tidak dimulakan dengan yang sedikit dan rasional, mungkinkah anda mahu meluangkan 30 minit mahupun 1 jam? Apa yang penting tabiat baru harus dimulakan. Selagi tidak bermula, selagi itu kita akan berada di tahap yang sama. Beranilah membuat perubahan.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan