Pernah rasa bosan main dengan anak dalam rumah je? Lagi-lagi kalau yang memang 'homeschool' kan. Bosan lah nank belajar duduk dalam rumah je. Sekali-sekali terokailah dunia luar. Alam buana ini 'sekolah' buat kita. Banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak.
Ihsan Google |
Selain meransang perkembangan anak dengan aktiviti yang melibatkan kertas, pensel, pensel warna dan sebagainya, pilihlah untuk merangsang deria anak di taman. Bawa sahaja mereka ke taman-taman rekreasi berhampiran rumah anda dan beri mereka kebebasan untuk meneroka di samping kita tetap mengawal keselamatan mereka.
Jadi, nak pergi taman. Apa nak buat di taman?
Berikut ada beberapa panduan aktiviti. Anda boleh olah mengikut kreativiti anda.
1. Carilah laluan yang berlainan tekstur seperti laluan berumput, laluan berair, laluan batu sungai, laluan pejalan kaki untuk memperkenalkan kepelbagaian tekstur.
2. Ajak si manja menyentuh daun yang gugur. Beri peluang untuk dia merasa tekstur daun yang kering dan keras, berurat dan rapuh.
3. Pegang permukaan daun yang segar pada pokok, teksturnya tentu berlainan iaitu lembut. Terangkan kepadanya perbezaan daun yang gugur dan daun yang segar.
4. Lihat pelbagai warna dan bentuk bunga di taman. Beritahu si manja terdapat pelbagai jenis dan saiz pokok di taman.
5. Biar dia memegang batang pokok besar yang kasar dan menggerutu.
6. Sentuh batu-batuan yang terdapat di taman dan melihat saiz, bentuk dan warna yang berlainan.
Terdapat banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan. Apa pun, jangan lupa ketika anak sedang membuat 'pemerhatian', inilah masanya untuk dia mengenal Allah. Allah lah tuhan yang menciptakan alam ini. Bukankah seluruh alam ini menjadi saksi terhadap Allah? Itulah sebabnya Allah menyuruh kita melihat ciptaanNya untuk merasa kekuasaanNya.
Surah Al-Imran Ayat 190-191 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan