Bismillah walhamdulillah...
Tahun pertama bayi merupakan peringkat perkembangan otak yang paling pesat. Pada masa ini, sel-sel otak amat sensitif dengan persekitaran bayi dan ini memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan otaknya.
Kajian otak menunjukkan bahawa membaca atau bercerita kepada anak-anak akan membantu otaknya membesar dan menggalakkannya untuk menggabungkan bacaan buku dengan suara dan intonasi.
Ada pelbagai cara untuk beraktiviti bersama anak anda dengan softbook:
1. Galakkan bayi memegang dan bermain dengan softbook.
2. Sebolehnya peluk bayi (jika boleh) ketika membaca buku bersama-sama. Tunjukkan objek dalam buku dan sebutkannya.
3. Bandingkan objek dalam buku dengan realiti agar dia dapat mengaitkannya. Contoh : Ini topi. Mana topi adik? Ini topi adik (sambil tunjukkan topinya).
4. Nyanyikan lagu kanak-kanak yang terdapat dalam buku. Pelnagaikan intonasi, buat pergerakan lembut (sesuai dengan bayi) dan mimik muka.
Mudahkan? Tak perlu lama tapi lakukan dengan kerap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan