08 Oktober 2014

8 Permainan Menajamkan Skil Tulisan Tangan

Bismillah walhamdulillah...

Dunia kanak-kanak adalah permainan! Jadi, tak perlu stres nak asah skil menulis anak anda yang masih tadika seperti guru mereka dalam kelas. Anda boleh membuat aktiviti menyeronokkan bersama mereka sekaligus mengasah skil tulisan tangan mereka. Mudah kan? 2 dalam 1 kata orang.

Sebelum itu, konsep mudah kemahiran menulis adalah gabungan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus (mengawal pergerakan otot-otot kecil). Oleh itu, apa sahaja permainan yang menggunakan konsep tersebut boleh mengasah skil menulis anak anda menjadi lebih baik. Pasti anda lebih kreatif lagi mereka aktiviti bersama-sama anak nanti.

1. Melukis

Biarkan anak anda melukis atau melakar apa sahaja yag disukai di atas kertas. Aktiviti ini membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian. Selain itu, menggalakkan si mnaja membentuk garisan dan lengkungan yang banyak digunakan dalam tulisan tangan.

2. Mewarna

Ini adalah aktiviti asas yang menguatkan genggaman dan pergerakan tangan. Galakkan mereka mewarna pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan skil motor halus.

3. Bermain cat/warna air

Latihan kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat/warna air yang lembut dan cair melatih si manja mengawal dan menyokong pergerakan tangannya.

4. Bermain doh

Bermain doh lembut tanah liat akan melembutkan otot tangan. Mata dan tangan juga dapat dilatih untuk bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.

5. Bermain manik

Manik/ benda bulat-bulat kecil memang kesukaan si manja. Permainan ini membantu penguasaan mata dan tangan terutamanya motor halus. Skil ini amat diperlukan dalam melakukan aktiviti menulis.

6. Bermain dengan penyepit

Ajak si manja alihkan objek-objek kecil seperti gula-gula ke dalam mangkuk dengan penyepit.

7. Bermain patung puppet

Bermain patung puppet akan menggalakkan si manja menggerakkan jari (latihan motor halus) serta berimaginasi.

8. Buat gelang

Buat gegelang dengan makaroni untuk menggalakkan jari si manja memegang objek kecil untuk merangsang motor halus.

Sumber: pama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan