30 Oktober 2014

Bagaimana Mendidik Anak Cara Al-Quran & Sunnah

Bismillah walhamdulillah...

Ihsan Google
Kenal Saidina Ali b. Abi Talib? Anas R.A ? Ibnu Abbas? Usamah bin Zaid? Mereka merupakan kanak-kanak yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w yang membesar serta bergaul dengan baginda Nabi s.a.w. Mereka berjaya di bidang masing-masing pada zaman dewasa mereka. Saidina Ali menjadi khalifah. Anas antara perawi yang banyak meriwayatkan hadis Nabi. Usamah, muda remaja lagi sudah ikut serta dalam perang.

Subhanallah, bukan sahaja pintar dan hebat di lapangan ilmu, bahkan juga merupakan hamba Allah yang bertakwa.

Apakah rahsianya? Salah satu rahsianya terletak pada pendekatan pendidikan yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Ada apa dengan pendekatan ini? Jom kita tengok.

1. Pelbagai kaedah

Kajian sirah menunjukkan pelbagai pendekatan pengajaran digunakan sesuai dengan sasaran. Pendidikan anak-anak juga memerlukan kepelbagaian kaedah agar mampu menarik minat anak-anak dengan kecenderungan yang berbeza.

2. Pendidikan berpusatkan Al-Quran

Sekalipun wahyu pertama diturunkan memerintahkan kita membaca, namun Al-Quran tidak diturunkan semata-mata untuk dibaca mahupun dihafal. Tetapi lebih besar lagi, untuk difahami dan mengambil pelajaran darinya. Langkah mudah, kaitkan rutin dengan kandungan dalam Al-Quran.

3. Rabbani

Metode pengajaran Al-Quran, mengajarkan perkara yang mudah kemudian kepada tahap yang lebih sukar. Ajarkan anak konsep mudah sebelum ilmu yang rumit dan sukar mereka fahami.

4. Kaedah bercerita

Bukankah sekian banyak sirah dalam Al-Quran adalah cerita kaum terdahulu? Teknik penceritaan mampu mencambahkan pemikiran serta membiasakan nilai-nilai murni. Duduk bersama anak, pilih sebuah buku, dan ceritakan kepadanya dengan pelbagai intonasi mampu menarik minatnya.

5. Guna perumpamaan & perbandingan

Dalam Al-Quran banyak perumpamaan yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu dengan lebih jelas lagi. Sebab dengan perumpamaan dan perbandingan, kita akan menggunakan deria kita untuk memahami dan berfikir. Bukankah banyak disebutkan ada mata tapi tak melihat, telinga tapi tidak mendengar, mahupun ada hati tapi tidak memahami?

6. Pendekatan saintifik

Buat pemerhatian akan merangsang pemikiran, seterusnya meningkatkan iman. Baru berkesan.

7. Multi-sensori & pembinaan pengalaman

Bagi anak peluang untuk merasa sendiri pengalamannya. Kita sudah cerita. Sekarang tibalah masa untuk si dia mengalaminya. Teruskan memberi dorongan agar lebih mudah untuk dia mencerna maklumat yang lebih kompleks pada masa akan datang.

 Sumber : PaMa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan