Berdasarkan kajian, budaya membaca yang dilatih sejak
awal boleh merangsang anak kecil membaca
awal. Seawal usia, bayi sudah mula meneroka dunianya dengan cara yang unik dan
kreatif.
Subhanallah kan? Orang dewasa membaca buku dengan
memegangnya baik-baik, tetapi bayi ‘membaca’ buku dengan menggigit, memegang
dan merasa buku!. Tak percaya? Duduk dan
perhatikan cara bayi anda meneroka buku yang anda beri. Ekspresi wajahnya yang
comel dan penuh tanda tanya, matanya yang membulat melihat warna-warni objek serta tangannya yang ligat merasa
seluruh bahagian buku. Terasa hebatnya pencipta bayi ini.
Dawud , 7 bulan sudah bermain dengan softbook seawal 3 bulan. Dawud biasa memegang, menggigit dan menggenggam softbook. Softbook adalah buku yang diperbuat daripada fabrik yang selamat untuk bayi dan tidak koyak. Tidak perlu risau lagi bayi termakan kertas ataupun buku koyak. Ummi lega, bayi pun seronok.
Pelbagai aktiviti rangsangan yang boleh dilakukan dengan softbook:
1. Duduk/baring bersama bayi dan sebutkan objek yang terdapat dalam buku serta tunjukkan dengan jari.
2. Beri sahaja bayi pegang, gigit dan meneroka bukunya dengan cara tersendiri.
3. Sebutkan objek-objek dalam buku dengan irama. Lagukan sahaja dengan cara sendiri. Jangan risau, bayi akan setia mendengar nyanyian umminya.