28 November 2014

Tidak Perlu Risau Lagi Bila Bayi Main Buku

Bismillah walhamdulillah...

      Berdasarkan kajian, budaya membaca yang dilatih sejak awal  boleh merangsang anak kecil membaca awal. Seawal usia, bayi sudah mula meneroka dunianya dengan cara yang unik dan kreatif.

Subhanallah kan? Orang dewasa membaca buku dengan memegangnya baik-baik, tetapi bayi ‘membaca’ buku dengan menggigit, memegang dan merasa buku!.  Tak percaya? Duduk dan perhatikan cara bayi anda meneroka buku yang anda beri. Ekspresi wajahnya yang comel dan penuh tanda tanya, matanya yang membulat melihat warna-warni  objek serta tangannya yang ligat merasa seluruh bahagian buku. Terasa hebatnya pencipta bayi ini.



Dawud , 7 bulan sudah bermain dengan softbook seawal 3 bulan. Dawud biasa memegang, menggigit dan menggenggam softbook. Softbook adalah buku yang diperbuat daripada fabrik yang selamat untuk bayi dan tidak koyak. Tidak perlu risau lagi bayi termakan kertas ataupun buku koyak. Ummi lega, bayi pun seronok.


Pelbagai aktiviti rangsangan yang boleh dilakukan dengan softbook:
1. Duduk/baring bersama bayi dan sebutkan objek yang terdapat dalam buku serta tunjukkan dengan jari.
2. Beri sahaja bayi pegang, gigit dan meneroka bukunya dengan cara tersendiri.
3. Sebutkan objek-objek dalam buku dengan irama. Lagukan sahaja dengan cara sendiri. Jangan risau, bayi akan setia mendengar nyanyian umminya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan