23 November 2014

Mari Bercerita dan Cintai Allah

Bismillah walhamdulillah...

Kali ini admin nak share tentang mamri bercerita dengan anak-anak. Sejak zaman kita dulu-dulu, kanak-kanak memang suka dengar cerita. Tak kurang juga ada yang suka bercerita. Tu yang pot pet pot pet tak habis-habis kan? Ummi pun pening. Hehe...

Alhamdulillah kalau anak pot pet pun. Tandanya sihat. Boleh bercakap. Kan? Jadi, jangan lupa bersyukur. Alhamdulillah...

KENAPA kanak-kanak suka mendengar cerita?

Sebab cerita akan membuat mereka berfikir, berimaginasi. Paling penting, tujuan kita  bercerita dengan kanak-kanak ini, supaya dengannya dapat membangkitkan tunas-tunas keimanan dalam diri individu.

Metode ini bukanlah perkara baru. Allah bercerita kepada kita dalam Al-Quran. Rasul juga banyak menggunakan pendekatan bercerita untuk mengajak para sahabat berfikir dan dekat dengan Allah.

APA yang penting daripada cerita?

Selain pengetahuan dan yang sewaktu dengannya, hasil yang kita mahu dapatkan daripada cerita adalah pengajaran. Ya, pengajaran. Itu yang paling penting.

KE MANA kita nak bawa kanak-kanak ini dengan bercerita?

Apabila kita bercerita, bawalah kanak-kanak mengenal Allah. Penanaman aqidah sangat penting dimulai sejak awal lagi. Bukankah, awal penyebaran Islam di Mekah, selama 13 tahun fokusnya pada penanaman aqidah dalam setiap individu sahabat? Sudahpun terbukti dalam sirah, pendidikan awal mesti kuat ditanamkan pemahaman aqidah.

Kaitkan cerita kita dengan Allah. Allahlah yang mencipta kita. Kita hendaklah berdoa kepada Allah. Allah sayang kepada orang yang baik.

Hal ini agar kanak-kanak berasa takut dengan Allah, dan pada Allah lah juga tempat berharap.

BAGAIMANA hendak bercerita?

1. Jangan lupakan rujukan utama kita. Tidak lain dan tidak bukan, Al-Quran dan sirah Nabi s.a.w.

2. Semasa bercerita imbangkan kisah yang gembira, lucu dengan kisah yang memberi amaran. Kata orang, promosikan syurga dulu, sebelum promosi neraka :)

3. Berceritalah dengan santai, intonasi dan mimik muka yang pelbagai. Dapat pakai kostum, itu satu bonus! Seronoklah anak-anak dengar cerita nanti.

Insyaallah... Moga anak-anak ini jadi soleh solehah semuanya, penyejuk hati ibu ayah sekalian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan