Tentang Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq
Begitu banyak perihal diri Asma' diceritakan. Namun, cukuplah di ruangan ini, disebutkan gelaran Asma' sebagai Dzatun Nithaqain, wanita yang mempunyai dua tali pinggang. Dan inilah yang menjadi saksi pengorbanan dan keberanian Asma' dalam peristiwa Hijrah Nabi s.a.w bersama Abu Bakar as-Siddiq.
Asma' Binti Abu Bakar As-Siddiq |
Pelajaran dari Dzatun Nithaqain
1. Asma' anak yang solehah. Banyak membantu Saidina Abu Bakar terutamanya ketika peristiwa ayahnya bersembunyi di gua Tsur bersama Nabi s.a.w. Peristiwa inilah yang membawa kepada gelarannya Asma' Dzatun Nithaqain.
Ayah kita mungkin tidak sehebat sahabat Nabi s.a.w. ini. Begitu juga kita, tidaklah solehah seperti Asma'. Tapi, mesti ada kebaikan yang ayah kita suka atau mahu lakukan. Mencontohi Asma', kita jadilah penyokong dan pendokong ayah kita.
Penyokong >> tunjukkan sokongan dengan kata-kata, motivasi, hadiah, bantuan kewangan, dan sebagainya.
Pendokong >> kita turun padang buat sama-sama selain dari memberi sokongan moral dan spritual.
2. Asma' yang pemurah. Tidak menunggu orang beri kita, kitalah yang memberi dahulu.
Pelajaran:
What you GIVE, you GET MORE. Isinya adalah, kita terus memberi walaupun kita rasa tiada apa-apa. Sebab kita yakin, Allah akan beri ganti yang lebih baik, yang tidak terfikir oleh kita.
3. Asma' pemurah seperti ayahnya, Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Pelajaran:
Betapa qudwah hasanah ibubapa begitu memberi kesan terhadap pendidikan anak-anak. Asma' bukan sahaja pemurah seperti ayahnya, bahkan cara Asma' menjadi pemurah itu memang seperti ayahnya.
Masih ingatkah kisah pemurah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang menginfakkan seluruh hartanya, tanpa meninggalkan sedikitpun untuk dirinya dan keluarganya. Apabila ditanya oleh Nabi, beliau memberitahu bahawa hanya Allah dan rasulNya yang tinggal untuk diri dan keluarganya.
Ya, dan Asma' juga begitu dalam berinfak. Saling tidak tumpah kan?
Akhlak ibubapa memang mempengaruhi anak. Cuba kita cari apakah sikap kita yang sama dengan ibubapa kita? Bukan untuk menyalahkan ibubapa.(Carilah sikap yang baik) Tapi, inilah caranya untuk kita cari persamaan dan suburkan kasih sayang.
Begitulah juga jika kita sekarang adalah ibubapa. Pasti anak-anak kita pula yang cenderung seperti sikap kita.
Rujukan: Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah (Ustaz Johari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan