Seminar Fonik - Kaedah Gabung Bunyi
Seminar Fonik - Kaedah Gabung Bunyi |
Alhamdulillah, tercapai juga salah satu wishlist sebelum due date tiba. Memang dah lama nak sertai seminar ini, masa dan tempat selalu tak mengizinkan. Syukur ada peluang.
Ibubapa yang ada kemahuan untuk mengajar anak membaca di rumah adalah sangat digalakkan sertai seminar ini.
Seminar Fonik yang disampaikan sendiri oleh pengasas ReadEasy Network, Puan Nik Eliani dan suaminya Encik Othman yang menggunakan Bacalah Anakku & Read Easy.
Apakah Fonik?
Fonik adalah bunyi. Konsepnya adalah anak-anak kenal bunyi huruf BUKAN nama huruf.
Kenapa Fonik?
Sebab percakapan kita adalah hasil gabungan bunyi huruf. Gabungan bunyi huruf lebih dekat menghasilkan bunyi suku kata/perkataan. Berbanding kita mengeja dengan menyebut nama huruf, sukar bagi anak-anak untuk cepat mengeja.
Selain itu, bunyi-bunyian sudah mesra sejak bayi lagi. Biasakan kita dengar bayi mula menyebut, aaaa, iiii, uuu. Bayi sebut bunyi, tidak sebut huruf. Maka bunyi sudah sebati dengan anak-anak sejak bayi.
Video anak-anak yang belajar kaedah fonik Bacalah Anakku.
Klik link untuk melihat anak-anak seawal usia 3 tahun belajar kaedah fonik.
Nak tahu lagi tentang Set Bacalah Anakku >> Set Bacalah Anakku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan