29 Disember 2014

Teknik Mengajar Cara Nabi & Homeschooling

Bismillah walhamdulillah...

Ini cerita semalam. Alhamdulillah dapat info sehari sebelum tentang isu yang bakal ke udara semalam dalam rancangan bual bicara Assalamualaikum TV Al-Hijrah.


Teknik Mengajar Cara Nabi

Teknik mengajar cara Nabi dibawakan daripada guru dan jurulatih Tadika ABS. 

Sekarang ramai yang telah sedar sebenarnya Nabi ajar kita banyak sangat teknik dalam pendidikan. Dalam temubual yang singkat ini, guru yang dijemput menerangkan secara umum apa yang mereka praktikkan untuk guru-guru dan anak murid mereka. 

Boleh google Tadika ABS atau yang sewaktu dengannya. Jika berpeluang, sertai bengkel teknik mengajar cara Nabi yang mereka anjurkan. Tidak terhad kepada guru tadika sahaja, untuk ibubapa sangat digalakkan. Bukankah rumah adalah sekolah pertama anak-anak kita?

Homeschooling

Kemudian, ada temubual dengan ibu yang 'homeschool'kan anak-anaknya. Ibu tersebut memberitahu dia memberi sepenuh perhatiannya untuk menjayakan 'homeschool' untuk anak-anaknya. 

Tiada keluar 'window shopping', tiada duduk saja-saja berbual dengan kawan-kawan. Komitmennya fokus kepada 'sekolah' di rumah. Bahkan sejak setahun yang lepas dia telah menambah sendiri subjek Perlembagaan untuk diajar kepada semua anak tanpa tertinggal yang bongsu sekalipun. Anak bongsunya berumur 11 tahun.

Allah.. Pengorbanan ibu besar kan? Bila ibu ada kemahuan, motivasi, apa sahaja akan dilakukan dengan terbaik untuk anak-anak. Dengan izin Allah. 

Tak sempat nak snap gambar letak kat sini. Apa pun, boleh tengok hasil kerja adik ni. Ali Karim yang baru berusia 11 tahun tapi, masyaallah... Sini

15 Disember 2014

Pakej Softbook Bayi Bijak


Item : Pakej Softbook Bayi Bijak
Harga : RM 94.00


Material: Made using high quality soft fiber material
Saiz: 19cm x 19cm (anggaran)

PERCUMA Koleksi Poster Alif Ba Ta, ABC, 123

Siri Mengenal Huruf Alif sehingga Ya




Mari Mengira



Siri Mengenal Huruf ABC




28 November 2014

Tidak Perlu Risau Lagi Bila Bayi Main Buku

Bismillah walhamdulillah...

      Berdasarkan kajian, budaya membaca yang dilatih sejak awal  boleh merangsang anak kecil membaca awal. Seawal usia, bayi sudah mula meneroka dunianya dengan cara yang unik dan kreatif.

Subhanallah kan? Orang dewasa membaca buku dengan memegangnya baik-baik, tetapi bayi ‘membaca’ buku dengan menggigit, memegang dan merasa buku!.  Tak percaya? Duduk dan perhatikan cara bayi anda meneroka buku yang anda beri. Ekspresi wajahnya yang comel dan penuh tanda tanya, matanya yang membulat melihat warna-warni  objek serta tangannya yang ligat merasa seluruh bahagian buku. Terasa hebatnya pencipta bayi ini.



Dawud , 7 bulan sudah bermain dengan softbook seawal 3 bulan. Dawud biasa memegang, menggigit dan menggenggam softbook. Softbook adalah buku yang diperbuat daripada fabrik yang selamat untuk bayi dan tidak koyak. Tidak perlu risau lagi bayi termakan kertas ataupun buku koyak. Ummi lega, bayi pun seronok.


Pelbagai aktiviti rangsangan yang boleh dilakukan dengan softbook:
1. Duduk/baring bersama bayi dan sebutkan objek yang terdapat dalam buku serta tunjukkan dengan jari.
2. Beri sahaja bayi pegang, gigit dan meneroka bukunya dengan cara tersendiri.
3. Sebutkan objek-objek dalam buku dengan irama. Lagukan sahaja dengan cara sendiri. Jangan risau, bayi akan setia mendengar nyanyian umminya.

23 November 2014

Mari Bercerita dan Cintai Allah

Bismillah walhamdulillah...

Kali ini admin nak share tentang mamri bercerita dengan anak-anak. Sejak zaman kita dulu-dulu, kanak-kanak memang suka dengar cerita. Tak kurang juga ada yang suka bercerita. Tu yang pot pet pot pet tak habis-habis kan? Ummi pun pening. Hehe...

Alhamdulillah kalau anak pot pet pun. Tandanya sihat. Boleh bercakap. Kan? Jadi, jangan lupa bersyukur. Alhamdulillah...

KENAPA kanak-kanak suka mendengar cerita?

Sebab cerita akan membuat mereka berfikir, berimaginasi. Paling penting, tujuan kita  bercerita dengan kanak-kanak ini, supaya dengannya dapat membangkitkan tunas-tunas keimanan dalam diri individu.

Metode ini bukanlah perkara baru. Allah bercerita kepada kita dalam Al-Quran. Rasul juga banyak menggunakan pendekatan bercerita untuk mengajak para sahabat berfikir dan dekat dengan Allah.

APA yang penting daripada cerita?

Selain pengetahuan dan yang sewaktu dengannya, hasil yang kita mahu dapatkan daripada cerita adalah pengajaran. Ya, pengajaran. Itu yang paling penting.

KE MANA kita nak bawa kanak-kanak ini dengan bercerita?

Apabila kita bercerita, bawalah kanak-kanak mengenal Allah. Penanaman aqidah sangat penting dimulai sejak awal lagi. Bukankah, awal penyebaran Islam di Mekah, selama 13 tahun fokusnya pada penanaman aqidah dalam setiap individu sahabat? Sudahpun terbukti dalam sirah, pendidikan awal mesti kuat ditanamkan pemahaman aqidah.

Kaitkan cerita kita dengan Allah. Allahlah yang mencipta kita. Kita hendaklah berdoa kepada Allah. Allah sayang kepada orang yang baik.

Hal ini agar kanak-kanak berasa takut dengan Allah, dan pada Allah lah juga tempat berharap.

BAGAIMANA hendak bercerita?

1. Jangan lupakan rujukan utama kita. Tidak lain dan tidak bukan, Al-Quran dan sirah Nabi s.a.w.

2. Semasa bercerita imbangkan kisah yang gembira, lucu dengan kisah yang memberi amaran. Kata orang, promosikan syurga dulu, sebelum promosi neraka :)

3. Berceritalah dengan santai, intonasi dan mimik muka yang pelbagai. Dapat pakai kostum, itu satu bonus! Seronoklah anak-anak dengar cerita nanti.

Insyaallah... Moga anak-anak ini jadi soleh solehah semuanya, penyejuk hati ibu ayah sekalian.



06 November 2014

Belajar Dahulu LAWAN Belajar Sekarang

Bismillah walhamdulillah...

Ada banyak bezanya pendidikan zaman kita dahulu dengan zaman sekarang. Zaman berubah, semestinya teknik dan minda berubah. Kalau masih ditakuk lama, jangan hairanlah anak kita tak mahu (minat) belajar.

DAHULU
SEKARANG
Belajar adalah baca buku, hafal, buat kerja rumah.
Belajar adalah proses cerap maklumat dengan memanfaatkan seluruh potensi manusia secara optimum.
Belajar hanya di sekolah.
Kita belajar perkara baru setiap hari. Proses belajar boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Belajar jika esok ada ujian.
Belajar seumur hidup
Belajar hanya bila disuruh ibubapa @ guru.
Belajar adalah keperluan dan bekalan hidup.
Belajar hanya apa yang ibubapa @ guru ajarkan.
Minat, semangat dan suasana yang menyenangkan dapat mendorong anak supaya belajar lebih mendalam tanpa disuruh.
Belajar itu beban, tidak seronok.
Peranan pengajar mewujudkan minat dan terangkan manfaat.
Belajar adalah akademik.
Belajar adalah akademik, kemahiran fizikal dan kemahiran hidup.
Kejayaan belajar adalah hasil (markah ujian).
 Kejayaan belajar adalah proses belajar itu sendiri.
Belajar perlu serius (kaku).
Belajar perlu dalam keadaan menyenangkan.
Belajar harus guna buku.
Semua yang ada sekeliling kita (ciptaan Allah lebih lagi) adalah bahan belajar.
Belajar menerapkan komunikasi 1 hala.
Belajar harus menggunakan komunikasi 2 hala.
Belajar harus dalam kelas/bilik darjah.
Seluruh alam adalah persekitaran belajar yang baik dan dapat menrangsang minda dengan lebih optimum.
Belajar kena ada kurikulum.
Kurikulum hanyalah panduan, namun belajar boleh menjadi fleksibel.
Belajar lebih baik dengan hal-hal teori. Praktikal membebankan.
Kita belajar 90% dari yang kita praktikkan.

Rujukan : Creative Parenting Today

05 November 2014

Smart Pen Upin Ipin


Item : Pakej Lengkap Smart Pen Upin Ipin
Harga : RM 250.00

Dengan setiap pembelian Pakej Lengkap SMART PEN UPIN IPIN, anda akan dapat produk ini.
Kesemuanya ada 8 produk dalam 1 pakej lengkap

1. SMART PEN UPIN IPIN
2. USB CABLE
3. EARPIECE
4. LANYARD UPIN IPIN
5. BUKU PANDUAN PENGGUNAAN SMART PEN UPIN
6. BUKU AL-MUQADDIMAH FASAL 1
7. BUKU SOLAT UPIN IPIN
8. KAMUS BERGAMBAR UPIN IPIN

Buat masa ini, ada 3 buku yang boleh dibaca dengan pen. Dalam siri ini ada lebih 20 tajuk siri buku yang boleh dibaca dengan SMART PEN UPIN IPIN. Kami akan memaklumkan anda apabila tajuk tajuk buku lain keluar. Semua buku ini dibaca oleh SUARA UPIN IPIN. Tajuk buku yang akan keluar selepas ini boleh dibeli berasingan.

Smart Pen Upin Ipin di YouTube.


30 Oktober 2014

Bagaimana Mendidik Anak Cara Al-Quran & Sunnah

Bismillah walhamdulillah...

Ihsan Google
Kenal Saidina Ali b. Abi Talib? Anas R.A ? Ibnu Abbas? Usamah bin Zaid? Mereka merupakan kanak-kanak yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w yang membesar serta bergaul dengan baginda Nabi s.a.w. Mereka berjaya di bidang masing-masing pada zaman dewasa mereka. Saidina Ali menjadi khalifah. Anas antara perawi yang banyak meriwayatkan hadis Nabi. Usamah, muda remaja lagi sudah ikut serta dalam perang.

Subhanallah, bukan sahaja pintar dan hebat di lapangan ilmu, bahkan juga merupakan hamba Allah yang bertakwa.

Apakah rahsianya? Salah satu rahsianya terletak pada pendekatan pendidikan yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Ada apa dengan pendekatan ini? Jom kita tengok.

1. Pelbagai kaedah

Kajian sirah menunjukkan pelbagai pendekatan pengajaran digunakan sesuai dengan sasaran. Pendidikan anak-anak juga memerlukan kepelbagaian kaedah agar mampu menarik minat anak-anak dengan kecenderungan yang berbeza.

2. Pendidikan berpusatkan Al-Quran

Sekalipun wahyu pertama diturunkan memerintahkan kita membaca, namun Al-Quran tidak diturunkan semata-mata untuk dibaca mahupun dihafal. Tetapi lebih besar lagi, untuk difahami dan mengambil pelajaran darinya. Langkah mudah, kaitkan rutin dengan kandungan dalam Al-Quran.

3. Rabbani

Metode pengajaran Al-Quran, mengajarkan perkara yang mudah kemudian kepada tahap yang lebih sukar. Ajarkan anak konsep mudah sebelum ilmu yang rumit dan sukar mereka fahami.

4. Kaedah bercerita

Bukankah sekian banyak sirah dalam Al-Quran adalah cerita kaum terdahulu? Teknik penceritaan mampu mencambahkan pemikiran serta membiasakan nilai-nilai murni. Duduk bersama anak, pilih sebuah buku, dan ceritakan kepadanya dengan pelbagai intonasi mampu menarik minatnya.

5. Guna perumpamaan & perbandingan

Dalam Al-Quran banyak perumpamaan yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu dengan lebih jelas lagi. Sebab dengan perumpamaan dan perbandingan, kita akan menggunakan deria kita untuk memahami dan berfikir. Bukankah banyak disebutkan ada mata tapi tak melihat, telinga tapi tidak mendengar, mahupun ada hati tapi tidak memahami?

6. Pendekatan saintifik

Buat pemerhatian akan merangsang pemikiran, seterusnya meningkatkan iman. Baru berkesan.

7. Multi-sensori & pembinaan pengalaman

Bagi anak peluang untuk merasa sendiri pengalamannya. Kita sudah cerita. Sekarang tibalah masa untuk si dia mengalaminya. Teruskan memberi dorongan agar lebih mudah untuk dia mencerna maklumat yang lebih kompleks pada masa akan datang.

 Sumber : PaMa

08 Oktober 2014

8 Permainan Menajamkan Skil Tulisan Tangan

Bismillah walhamdulillah...

Dunia kanak-kanak adalah permainan! Jadi, tak perlu stres nak asah skil menulis anak anda yang masih tadika seperti guru mereka dalam kelas. Anda boleh membuat aktiviti menyeronokkan bersama mereka sekaligus mengasah skil tulisan tangan mereka. Mudah kan? 2 dalam 1 kata orang.

Sebelum itu, konsep mudah kemahiran menulis adalah gabungan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus (mengawal pergerakan otot-otot kecil). Oleh itu, apa sahaja permainan yang menggunakan konsep tersebut boleh mengasah skil menulis anak anda menjadi lebih baik. Pasti anda lebih kreatif lagi mereka aktiviti bersama-sama anak nanti.

1. Melukis

Biarkan anak anda melukis atau melakar apa sahaja yag disukai di atas kertas. Aktiviti ini membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian. Selain itu, menggalakkan si mnaja membentuk garisan dan lengkungan yang banyak digunakan dalam tulisan tangan.

2. Mewarna

Ini adalah aktiviti asas yang menguatkan genggaman dan pergerakan tangan. Galakkan mereka mewarna pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan skil motor halus.

3. Bermain cat/warna air

Latihan kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat/warna air yang lembut dan cair melatih si manja mengawal dan menyokong pergerakan tangannya.

4. Bermain doh

Bermain doh lembut tanah liat akan melembutkan otot tangan. Mata dan tangan juga dapat dilatih untuk bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.

5. Bermain manik

Manik/ benda bulat-bulat kecil memang kesukaan si manja. Permainan ini membantu penguasaan mata dan tangan terutamanya motor halus. Skil ini amat diperlukan dalam melakukan aktiviti menulis.

6. Bermain dengan penyepit

Ajak si manja alihkan objek-objek kecil seperti gula-gula ke dalam mangkuk dengan penyepit.

7. Bermain patung puppet

Bermain patung puppet akan menggalakkan si manja menggerakkan jari (latihan motor halus) serta berimaginasi.

8. Buat gelang

Buat gegelang dengan makaroni untuk menggalakkan jari si manja memegang objek kecil untuk merangsang motor halus.

Sumber: pama

26 September 2014

Koleksi 8 Buku Mari Belajar Menulis


Item : Koleksi 8 Buku Mari Belajar Menulis
Harga : RM 55.00

Siri Anakku Sayang Mari Belajar Menulis terdapat dalam 8 judul utama yang dapat melatih anak-anak kemahiran menulis. Setiap buku mempunyai tema dan penggunaan perkataan yang mudah, dibatangkan dan diwarnakan mengikut suku kata serta dilengkapi dengan ilustrasi yang menarik. Anak-anak pasti suka.

Percuma 3 batang marker untuk menulis setiap huruf yang dibatangkan, anda tidak perlu risau lagi anak menconteng kerana buku ini boleh dilap bersih. Kemudian, masih boleh digunakan berulang kali.

Setiap buku mengandungi 8 muka surat depan belakang termasuk kulit dengan ilustrasi yang berwarna-warni.

Senarai tajuk yang terdapat dalam koleksi ini:

1. Mari Belajar Menulis Abjad Besar
2. Mari Belajar Menulis Abjad Kecil
3. Mari Belajar Menulis Badan Saya
4. Mari Belajar Menulis Binatang
5. Mari Belajar Menulis Buah-buahan & Sayur-sayuran
6. Mari Belajar Menulis Kenderaan
7. Mari Belajar Menulis Jawi
8. Mari Belajar Menulis Nombor

Ada lagi hadiah percuma! 2 Buku Mewarna Ara & Aris dari Siri Pada Zaman Dahulu.

Mari Belajar Menulis Abjad Besar

Mari Belajar Menulis Abjad Kecil

Mari Belajar Menulis Badan Saya

Mari Belajar Menulis Binatang

Mari Belajar Menulis Buah-buahan & Sayur-sayuran

Mari Belajar Menulis Jawi

Mari Belajar Menulis Kenderaan

Mari Belajar Menulis Nombor

Buku Mewarna Ara & Aris PERCUMA!

23 September 2014

Rangsang Deria di Taman

Bismillah walhamdulillah...

Pernah rasa bosan main dengan anak dalam rumah je? Lagi-lagi kalau yang memang 'homeschool' kan. Bosan lah nank belajar duduk dalam rumah je. Sekali-sekali terokailah dunia luar. Alam buana ini 'sekolah' buat kita. Banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak.

Ihsan Google

Selain meransang perkembangan anak dengan aktiviti yang melibatkan kertas, pensel, pensel warna dan sebagainya, pilihlah untuk merangsang deria anak di taman. Bawa sahaja mereka ke taman-taman rekreasi berhampiran rumah anda dan beri mereka kebebasan untuk meneroka di samping kita tetap mengawal keselamatan mereka.

Jadi, nak pergi taman. Apa nak buat di taman?

Berikut ada beberapa panduan aktiviti. Anda boleh olah mengikut kreativiti anda.

1. Carilah laluan yang berlainan tekstur seperti laluan berumput, laluan berair, laluan batu sungai, laluan pejalan kaki untuk memperkenalkan kepelbagaian tekstur.
2. Ajak si manja menyentuh daun yang gugur. Beri peluang untuk dia merasa tekstur daun yang kering dan keras, berurat dan rapuh.
3. Pegang permukaan daun yang segar pada pokok, teksturnya tentu berlainan iaitu lembut. Terangkan kepadanya perbezaan daun yang gugur dan daun yang segar.
4. Lihat pelbagai warna dan bentuk bunga di taman. Beritahu si manja terdapat pelbagai jenis dan saiz pokok di taman.
5. Biar dia memegang batang pokok besar yang kasar dan menggerutu.
6. Sentuh batu-batuan yang terdapat di taman dan melihat saiz, bentuk dan warna yang berlainan.

Terdapat banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan. Apa pun, jangan lupa ketika anak sedang membuat 'pemerhatian', inilah masanya untuk dia mengenal Allah. Allah lah tuhan yang menciptakan alam ini. Bukankah seluruh alam ini menjadi saksi terhadap Allah? Itulah sebabnya Allah menyuruh kita melihat ciptaanNya untuk merasa kekuasaanNya.

Surah Al-Imran Ayat 190-191


19 September 2014

Cara Pilih Buku Untuk Anak

Bismillah walhamdulillah...

Tengah plan nak share tips ajar anak membaca awal, tup-tup majalah PaMa bulan ni kuarkan tajuk ni.

7 Tips Pilih Buku untuk Adik.

Hehe...So, admin 'share' tajuk ni dulu ya. Jom tengok!!

1. Bahan bacaan sesuai dengan peringkat umur. Buku yang mempunyai 1-2 perenggan sesuai untuk adik 5-6 tahun yang sudah mengetahui asas membaca. 
2. Isi kandungan yang menarik seperti watak-watak yang mudah dikenali, cerita yang menawan hati, jalan cerita yang menarik dan mempunyai elemen kejutan.
3. Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni sudah tentu memancing minat adik untuk memahami jalan cerita.
4. Pelbagaikan buku seperti buku tentang haiwan, ensiklopedia, jenis kenderaan dan lain-lain lagi.
5. Buku aktiviti seperti buku yang ada pelekat, magnet supaya adik gembira meneroka buku!
6. Buku cerita mengandungi ritma dan pengulangan akan mengukuhkan kemahiran bacaan adik.
7. Tulisan atau jenis fon yang jelas dan mudah dibaca.

Ok, dah boleh bawa adik pilih buku kesukaannya 

Teknik Rangsang Anak Bercakap

Bismillah walhamdulillah...

Seronok mendengar si kecil sudah minat bercakap-cakap. Apalagi, bila dia pandai menyebut ummi, abi. Tersentuh sangat. Bagaimana untuk merangsang si kecil bercakap lebih baik? Ikuti tips mudah berikut:

1. Cuba berbual dengannya. Ceritakan tentang kesibukan kerja anda hari ini. Walaupun nampak dia terpinga-pinga mendengar bebelan anda, tidak mengapa. Teruskan bercerita dan cuba berinteraksi dengannya. Bila anda selalu berbuat demikian, anda akan dapat merasakan dia adalah 'teman' anda.

2. Bercakap cara orang dewasa. Jika anak anda sebut "nak cucu", cepat-cepat betulkan percakapan dia dengan sebutan yang betul. "Nah, ini susu adik." Anda tambah lagi ayat untuk penguasaan bahasanya.  "Susu ini sedap. Nanti adik jadi sihat." Elakkan kata-kata negatif terhadap anak.

3. Sentiasa melihat matanya ketika bercakap dengannya. Dia akan berasa dekat dengan anda.

4. Bercakap dengan boneka/anak patungnya. Sebutkan perkataan mudah seperti "Jom mandi" , "Cepat tidur" , "Mari makan" dan lain-lain lagi. Anak anda akan cuba menirunya.

18 September 2014

Rasulullah s.a.w Menggendong Anak Kecil Ketika Solat

Bismillah walhamdulillah...

Dari Abdullah bin Syaddad r.a , ia berkata , "Rasulullah s.a.w keluar untuk melakukan solat Isyak sambil menggendong Hasan/ Husain. Rasulullah s.a.w maju, kemudian bertakbir dan solat. Beliau dalam solatnya melakukan sujud yang panjang." Ubay berkata, "Saya mengangkat kepala saya dan melihat seorang anak di atas bahunya dan saya sujud kembali. Setelah Rasulullah s.a.w selesai solat, orang-orang bertanya,"Ya Rasulallah, engkau sujud dalam solat dan engkau memanjangkan sujud hingga kami mengira telah terjadi sesuatu atau ada wahyu turun kepadamu."

       Rasulullah s.a.w bersabda, "Semua itu tidak benar, tetapi cucuku naik di atas punggungku dan aku tidak ingin segera (menurunkannya) sampai ia menyelesaikan hajatnya."

     Dari Abu Qatadah Al-Anshari, bahawasanya Rasulullah s.a.w solat sambil membawa Umamah binti Zainab binti Rasulullah s.a.w. Apabila sujud, beliau menaruhnya. Apabila berdiri, beliau menggendongnya.

    Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan An-Nasa'i, bahawasanya Rasulullah s.a.w mengimami orang-orang sambil menggendong Umamah binti Abi Al-Ash di lehernya. Apabila ruku', beliau menaruhnya dan bila bangkit dari sujud, beliau mengambilnya kembali.


Cara Nabi Menyiapkan Generasi (Syaikh Jamal Abdurrahman)

12 September 2014

Seronok Membaca Dengan Softbook

Bismillah walhamdulillah...

Tahun pertama bayi merupakan peringkat perkembangan otak yang paling pesat. Pada masa ini, sel-sel otak amat sensitif dengan persekitaran bayi dan ini memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan otaknya.

Kajian otak menunjukkan bahawa membaca atau bercerita kepada anak-anak akan membantu otaknya membesar dan menggalakkannya untuk menggabungkan bacaan buku dengan suara dan intonasi.

Ada pelbagai cara untuk beraktiviti bersama anak anda dengan softbook:

1. Galakkan bayi memegang dan bermain dengan softbook.

2. Sebolehnya peluk bayi (jika boleh) ketika membaca buku bersama-sama. Tunjukkan objek dalam buku dan sebutkannya.

3. Bandingkan objek dalam buku dengan realiti agar dia dapat mengaitkannya. Contoh : Ini topi. Mana topi adik? Ini topi adik (sambil tunjukkan topinya).

4. Nyanyikan lagu kanak-kanak yang terdapat dalam buku. Pelnagaikan intonasi, buat pergerakan lembut (sesuai dengan bayi) dan mimik muka.



Mudahkan? Tak perlu lama tapi lakukan dengan kerap.

08 September 2014

Islamic Softbook

Allah Pencipta Kami

Doa Anak Soleh

Nabi Kita Ajar ...

Ucapan Anak Soleh

Item : Islamic Softbook
Harga : RM 36.90 /pc

Apa itu Softbook?

Softbook (buku lembut) atau juga disebut clothbook merupakan buku yang dibuat daripada kain.

Material : made using high quality soft fiber material.
Size: 16.5cm x 16.5cm (anggaran)

Kenapa pilih Softbook?

Softbook tak koyak, boleh dijadikan bantal dan boleh dicuci. Sesuai dan selamat untuk bayi anda.

Islamic Softbook merupakan bahan bacaan yang terbaik untuk bayi anda. 

Bagaimana nak menggunakan softbook? Nantikan perkongsian seterusnya dari kami.

26 Ogos 2014

Kad Imbas Iqra'


Item: Kad Imbas Iqra'
Harga: RM12.00

Tahukah anda bayi seawal usia 3 bulan sudah boleh belajar membaca?
Gunakan kad imbas untuk ajar anak anda membaca.

Bagaimana?
Hanya imbaskan sekali sehari sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

Pastikan anak anda gembira semasa bermain dengan kad imbas, dan pastikan anda sebut huruf dalam kad imbas secara kuat, jelas dan berulang-ulang.

Untuk lebih berkesan, imbaskan kad tersebut dengan laju iaitu satu kad selama satu saat sahaja.

Kenapa 1 saat sahaja?
Mengikut kajian,  kad imbas mengaktifkan dan membina otak kanan. Kad yang diimbas dengan cepat akan membina memori jangka pendek- visual (otak kanan) anak anda.

Kad diimbas dengan cepat kurang dari 1 saat setiap kad atau secepat yang anda boleh dan sebut huruf yang terdapat pada kad. Imej akan diproses oleh otak kanan manakala bunyi huruf yang anda sebut diproses oleh otak kiri. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih mudah belajar perkataan baru (otak kiri aktif) kerana berhubung dengan otak kanan (yang telah diaktifkan dengan imej).

Isi kandungan 32 Kad Imbas Iqra'  yang bercetak depan belakang.

Terdapat 28 kad berbaris atas.

Terdapat 28 kad berbaris atas, bawah dan depan.

Terdapat 8 kad untuk anak-anak belajar membezakan huruf.



25 Ogos 2014

Koleksi 3 set Kad Imbas Boleh Tulis & Padam


Item: Koleksi 3 Kad Imbas Boleh Tulis & Padam
Harga: RM 30.00

Koleksi 3 Kad Imbas Boleh Tulis & Padam. Anak-anak belajar mengenal alif ba ta, mengenal abc dan mengenal 123.

Kenapa pilih kad imbas ini?

1) Semua kad bercetak depan belakang. Kertas keras, tahan lama.Saiz: 125mm x 87mm

2) Boleh tulis dan padam atas kad berulang kali. Anak- anak mesti suka!

3) Mengandungi 3 set flashcards : abc, nombor dan alif ba ta.

4) Percuma white board marker dengan setiap set flashcards DAN 1 Buku Siri Seronoknya Membaca dan Mewarna Jawi.

5) HARGA yang BERPATUTAN! Hanya RM30.00 untuk ketiga-tiga set.



Kad Imbas Jawi ada 18 kad
Kad Imbas abc ada 25 kad
Kad Imbas nombor ada 16 kad.

Semua kad bercetak depan belakang.

Kertas keras, boleh tulis dan padam atas kad.
Saiz: 125mm x 87mm
Percuma Buku Siri Seronoknya Membaca & Mewarna Jawi.


   









22 Ogos 2014

Ajak & Ajar Anak Mengemas

Bismillah walhamdulillah...

Bila anak dah pandai bermain, berlari rumah mesti selalu bersepah kan? Memang mencabar tempoh anak tengah aktif membesar ni. Sehari tu kadang-kadang tak sampai beberapa minit je ruang tu kemas. Selebihnya, bersepah dengan mainan anak-anak.

Mengajar anak mengemas semula barang-barang miliknya memang mencabar. Tak larat nak membebel suruh anak mengemas, akhirnya kita yang letih mengemas sendiri barang milik anak-anak.

Jangan tertekan. Rangsang anak kecil mengemas agar tidak membebankan anda selain sebagai latihan awal disiplin.

Banyaknya mainan!! Pening nak kemas kalau macam ni.
(Google)

Antara tips yang anda boleh guna untuk merangsang anak-anak kecil mengemas:

1. Perkataan yang tepat
    Sebut perkataan 'masukkan' berbanding 'kemas'. 

2. Cabaran masa.
    Kanak-kanak memang sukakan pada cabaran masa dan boleh buat dia bergembira. Contohnya, "Tinggal     10 saat lagi untuk masukkan mainan dan kita mandi'. Buat kiraan dan anak-anak akan berebut-rebut
    hendak memenangi cabaran yang anda tetapkan.

3. Terangkan sebab.
    Mendidik perlukan kesabaran. Jadi, dengan sabar, terangkan sebab-sebab anak anda perlu kemas dan susun barangannya. Contoh: Kita letakkan buku ini di rak supaya ia tak rosak. Jadi, kita boleh baca lagi lain kali.

4. Beri masa.
   Minda anak-anak penuh dengan keseronokan. Biasanya dia akan mengemas selama 5 minit, kemudian berhenti. Biarkan, tapi galakkan dia mengemas semula.

5. Kekal konsisten.
    Konsisten dalam mengajak dan mengajar anak mengemas. Kadang-kadang anak mungkin akan keliru bila perlu buat sendiri dan ada masanya anda boleh lakukan bagi pihak dirinya. Ingat, niat utama anda untuk         melatih anak berdikari.

Sumber: Pa&Ma

20 Ogos 2014

Kenapa Kanak-Kanak Perlu Kuasai Tulisan Tangan?

Bismillah walhamdulillah...

Tugas mengajar anak seawal usia menulis bukanlah tanggungjawab guru di sekolah sahaja. Bahkan ibu bapa menjadi pendorong utama anak untuk menguasai tulisan tangan.

Kenapa? Apa pentingnya menguasai tulisan tangan?

Ehsan Google

Antara kelebihan menguasai tulisan tangan pada peringkat awal adalah :

1. Meningkatkan penguasaan skil motor halus.
2. Bebas berimaginasi.
3. Menajamkan koordinasi mata dan tangan.
4. Menambah pemahaman, persepsi dan kemahiran visual.
5. Meningkatkan penguasaan awal untuk kuasai skil mengeja dan membaca.
6. Meningkatkan keyakinan diri di sekolah.
7. Latihan menumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberikan.
8. Latihan kognitif untuk menajamkan minda.
9. Meningkatkan aktiviti saraf otak dan menggalakkan sel bergabung.
10. Latihan berulang kali meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

Sumber: Pa&Ma

17 Ogos 2014

Kedai Naili di blog!

Bismillah walhamdulillah...

Kedai Naili maju setapak lagi di blog. Moga usaha berterusan konsisten dan diberi keberkatan masa.
Biiznillah...

Kedai Naili di Facebook >>> https://www.facebook.com/KedaiNaili

bye!